Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan sejumlah RM706 juta bagi menyelesaikan isu 20 buah sekolah tumpang di seluruh Sabah.

RM706 juta untuk selesai isu sekolah di Sabah

SANDAKAN, 13 Jun : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan sejumlah RM706 juta bagi menyelesaikan isu 20 buah sekolah tumpang di seluruh Sabah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, daripada jumlah itu, dua projek telah siap sepenuhnya termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Libaran di Sandakan.

Katanya, projek SMK Libaran sepatutnya dijadualkan siap pada tahun 2019, namun ia menjadi satu projek sakit dan tidak dapat disiapkan pada masa yang sepatutnya.

“Antara cabaran utama pendidikan dalam konteks infrastuktur ini adalah sekolah-sekolah yang menumpang termasuk SMK Libaran.

“Keseluruhan ada 23 sekolah tumpang di seluruh Sabah dan buat masa ini kita sedia peruntukan untuk 20 projek daripadanya. Manakala, 3 lagi sekolah tumpang sedang dibincangkan,” jelasnya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian SMK Libaran di Sandakan, hari ini.

SMK Libaran yang akan mula dibuka pada 1 Julai depan sebelum ini menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Padas sejak tahun 2000.

Sekolah tersebut mempunyai seramai 597 pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Menurut Radzi, ketika ini projek yang terlibat berada di pelbagai peringkat termasuk ada yang sudah siap dan ada yang masih di peringkat perolehan dan sebagainya.

Sehubungan itu, KPM akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan supaya perancangan dapat berjalan dengan baik dan semua projek sakit dapat disiapkan seperti yang dirangka.

“Ini merupakan satu pendekatan menyeluruh kita nak selesaikan masalah sekolah menumpang ini supaya beri kemudahan kepada anak-anak kita di Sabah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan