Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelaksanaan beberapa projek di Bandaraya Miri yang sedang rancak dilaksanakan turut memberi peluang kepada penduduk di Lambir untuk menikmati pembangunannya.

Projek bernilai RM24 juta, limpahan pembangunan buat Lambir

KUCHING, 13 Jun : Pelaksanaan beberapa projek di Bandaraya Miri yang sedang rancak dilaksanakan turut memberi peluang kepada penduduk di Lambir untuk menikmati pembangunannya.

Antaranya projek pembinaan Pusat Komuniti Bersepadu di Lambir yang bukan hanya untuk keselesaan penduduk tetapi juga dapat mewujudkan masyarakat yang sihat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Gawai Raya DUN Lambir 2022 di Miri semalam berkata sebanyak tujuh daripada sembilan projek telah diluluskan dengan nilai keseluruhan RM24 juta.

“Antara projek yang diluluskan dalah Intergrated Community Centre Fasa 2 (RM5 juta), Taman Tamu (RM 6juta), Masjid untuk angkatan tentera kita di Miri (RM 3.5 juta), Gereja St. Bernadette, Simpang Bekenu, Dewan Serbaguna Perumahan lapangan Terbang termasuk badminton dan bola keranjang, 25 pintu rumah panjang Tr. Josh Sirai, dan 27 pintu rumah panjang Tr. Rumah Morris.” katanya.

Pada majlis tersebut Abang Johari turut merasmikan pelancaran projek Pusat Komuniti Bersepadu Fasa 2, Taman Jelita, Miri -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan