Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PPM W4 Sandakan gagalkan cubaan seludup keluar barang kawalan

SANDAKAN, 13 Jun : Cubaan empat lelaki warga asing untuk menyeludup keluar barang kawalan tidak kesampaian apabila mereka ditahan dalam satu operasi dijalankan Pasukan Polis Marin Wilayah 4 (PPM W4) Sandakan.

Pegawai Pemerintah PPM W4 Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata bot dinaiki suspek tersebut telah ditahan di kawasan Laut Semawang di sini lewat petang Sabtu.

Katanya, bot dalam keadaan mencurigakan itu telah ditahan dan hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan minyak masak bersubsidi tanpa permit yang disimpan di ruangan kargo.

“Juragan dan anak bot yang berumur antara 21 tahun hingga 27 tahun telah mengaku secara lisan ingin menghantar barangan tersebut ke sebuah pulau di Filipina,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, nilai rampasan keseluruhan termasuk bot dan enjin dianggarkan berjumlah RM84,280.

Katanya, semua barang rampasan telah dibawa ke Markas Operasi PPM W4 Sandakan untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, beliau menyarankan masyarakat maritim dan persisir pantai untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah kepada PPM W4 Sandakan melalui aplikasi WhatsApp ke talian 0139391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan