Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki dipercayai mengamuk selepas memberhentikan kenderaan di lorong kanan Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kuala Kangsar semalam.

Polis siasat kejadian lelaki mengamuk di KM253 Lebuhraya Utara Selatan

IPOH, 13 Jun : Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki dipercayai mengamuk selepas memberhentikan kenderaan di lorong kanan Kilometer 253 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Kuala Kangsar semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima laporan daripada pemandu kenderaan yang berada di lokasi kejadian pada kira-kira jam 7.12 petang.

“Laporan polis dibuat oleh lelaki itu di Ipoh namun siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

“Suspek dan semua saksi kejadian akan dikesan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di jalan awam.

Terdahulu, tular gambar seorang lelaki berdiri di lorong kanan lebuh raya itu dimuat naik oleh pengguna media sosial yang mendakwa suspek memberhentikan kereta sebelum keluar dan mengamuk sambil memegang rantai emas serta memanjat kereta berdekatan selain menendang kereta pengguna lebuh raya yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan