Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemimpin pemuda DAP Bukit Mertajam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan yang menghina.

Pemimpin Pemuda DAP dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina

BUKIT MERTAJAM, 13 Jun : Seorang pemimpin pemuda DAP Bukit Mertajam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan yang menghina.

Lim Zheng Han, 25, didakwa melakukan kesalahan itu dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di luar Medan Selera Insa Dunia pada 2 petang, 25 Mac lepas.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mohd Shokri manakala Lim diwakili peguam RSN Rayer.

Pendaftar Mahkamah Majistret Hasliza Razak membenarkan Lim diikat jamin RM500 dan menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan Lim mengetuai protes kecil di luar medan selera berkenaan untuk mengecam lawatan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang pada 25 Mac lepas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan