Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sudah pasti setiap permulaan ada penghunjungnya, begitulah sambutan penutupan Hari Gawai ataupun 'Ngiling Bidai' di Rumah Catherine Tamoh Sungai Aup yang disambut dalam suasana meriah di sini.
Sudah pasti setiap permulaan ada penghunjungnya, begitulah sambutan penutupan Hari Gawai ataupun 'Ngiling Bidai' di Rumah Catherine Tamoh Sungai Aup yang disambut dalam suasana meriah di Sibu.

‘Ngiling Bidai’ Rumah Catherine Tamoh disambut meriah

SIBU, 13 Jun: Sudah pasti setiap permulaan ada penghujungnya.

Begitulah sambutan penutupan Hari Gawai ataupun ‘Ngiling Bidai’ di Rumah Catherine Tamoh Sungai Aup yang disambut dalam suasana meriah di sini.

Majlis penutupan yang diadakan pada Sabtu lalu jelas berbeza berbanding dengan edisi yang diraikan secara bersyarat ekoran pandemik COVID-19 dua tahun lalu.

Tuai rumahnya, Catherine Tamoh berkata, Hari Gawai kali ini diadakan dengan pelbagai acara untuk menyerikan lagi sambut itu bersama warga penduduk kampung yang pulang dari luar Sibu.

Katanya lagi, Ngiling Bidai atau Majlis Penutupan Hari Gawai yang dikelola oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rumah Catherine Tamoh menandakan berakhirnya program Perayaan Gawai Dayak 2022 secara rasminya.

Beliau turut juga memuji kerjasama padu yang ditunjukkan oleh seluruh penduduk kampung dalam menjayakan program Ngiling Bidai pada kali ini.

“Kerjasama erat di antara penduduk kampung memainkan peranan penting dalam menjayakan sesebuah program atau perancangan di rumah panjang,” katanya.

Selain acara Ngiling Bidai, pelbagai lagi aktiviti telah diatur oleh JKKK termasuk aktiviti berkaitan pendidikan dan ekonomi anak-anak Sungai Aup.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai, di rumah panjangnya di Sungai Aup pada malam Sabtu.

Kehadiran penyanyi Iban terkenal iaitu Rickie Andrewson dan Angela Lata Kua turut menyerikan lagi acara pentas.

Selain itu, cabutan tiket bertuah dan ‘ngetas ranyai’ turut melengkapkan suasana kemeriahan dalam acara penghujung itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan