Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Saratok berusaha mengeluarkan pemandu yang tersepit akibat kemalangan di Jalan Beladin-Sepinang. Foto : BBP Saratok

Lelaki maut, Wira bertembung Myvi di Beladin

SARATOK, 13 Jun : Seorang lelaki maut manakala isterinya, cedera selepas kereta Proton Wira yang dinaiki mereka bertembung dengan Perodua Myvi di Jalan Beladin Sepinang di sini petang semalam.

Akibat pertembungan itu, Mohamad Asri Saimi, 52, yang juga pemandu kereta tersepit di tempat duduk dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan peralatan khas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Shukur Jamaludin berkata, mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Beladin.

Pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu di lokasi kejadian. Foto: BBP Saratok
Pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu di lokasi kejadian. Foto: BBP Saratok

“Isteri mangsa yang berusia 43 tahun pula mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Saratok untuk rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi.

Muhamad Shukur berkata, insiden kira -kira pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Beladin.

Sementara itu, sepasang lagi suami isteri yang merupakan pemandu dan penumpang Myvi yang masing-masing berusia 59 dan 53 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Sepasukan anggota dari BBP Saratok bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.13 petang.

“Operasi yang diketuai PBK II Yusuf Tamin selesai pada 6.57 petang,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan