Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jangan terlalu bergantung tenaga buruh luar – Abang Johari

KUCHING, 13 Jun : Kerajaan Sarawak tidak boleh lagi terlalu bergantung kepada tenaga kerja buruh Indonesia.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru supaya generasi muda mempertingkatkan kemahiran mereka melalui pusat kecemerlangan teknikal Sarawak (CENTEXS).

“Saya mintak anak muda pergi ke CENTEXS tingkatkan kemahiran dari sudut teknologi bagi memperbaharui teknologi yang digunakan pada masa sekarang dan tidak boleh lagi bergantung kepada pekerja Indonesia ,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu kekurangan tenaga kerja untuk beberapa projek susulan ramai warga tempatan tidak berminat untuk berkecimpung dalam sektor pembinaan.

Indonesia pula sekarang ini sedang membangunkan ibu negara baharu mereka iaitu Nusantara yang terletak di Kalimanatan Timur dan sudah semestinya mereka juga memerlukan tenaga kerja yang ramai -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan