Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) komited melahirkan pemimpin muda yang aktif melakukan kerja-kerja amal dan kesukarelawanan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

SABERKAS lahirkan pemimpin muda berjiwa rakyat

KUCHING, 12 Jun : Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) komited melahirkan pemimpin muda yang aktif melakukan kerja-kerja amal dan menyumbang bakti kepada masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Bagi memperhebat usaha berkenaan, Kerajaan Sarawak turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM189 000 kepada 15 cawangan SABERKAS di zon utara.

Presiden SABERKAS, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, saluran dana itu akan digunakan untuk tujuan pentadbiran, karnival sukan SABERKAS, SABERKAS prihatin, jeratawara bubur lambuk serta Sarawak X-Tive.

“Kita juga salurkan geran pentadbiran RM5,000 untuk aktiviti KASUS, aktiviti sukan sebanyak RM10,000 yang mana tujuan pertubuhan tersebut adalah untuk membantu masyarakat dan menanam semangat membantu dan bertanggungjawab kepada masyarakat,” katanya.

Abdul Karim yang juga merupakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Seni Sarawak berkata, beliau gembira melihat organisasi SABERKAS kekal utuh sehingga kini dengan kerjasama semua kaum.

“Saya amat gembira di dalam organisasi SABERKAS, kita membantu orang ramai tidak kira bangsa termasuklah kaum Cina, Melanau, Iban, Bidayuh, dan kaum lain,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan