Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meraikan jaringan pasukan Malaysia sewaktu menyaksikan Perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Foto Bernama.

PM bangga dengan semangat juang Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, 11 Jun : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan para pemain Harimau Malaya pada perlawanan menentang Bahrain malam ini.

Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata kalah menang itu adat pertandingan dan skuad kendalian Kim Pan Gon perlu terus berjuang untuk perlawanan seterusnya.

“Buat para pemain, ini bukan pengakhiran tetapi peluang untuk kita buat lebih baik selepas ini. Ayuh bangkit!” katanya.

Terdahulu, skuad kebangsaan tewas tipis kepada Bahrain 1-2 pada aksi kedua Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan