Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara senjata tajam dan peluru yang dirampas polis semalam.

Penjenayah hanya mampu pecut 4 km sebelum menyerah

KUCHING, 12 Jun : Dua penjenayah yang mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda hanya mampu ‘lari’ sejauh empat kilometer (km) sebelum terpaksa menyerah kepada pihak polis.

Dalam kejadian semalam, sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Maong pada mulanya berjaya menahan kereta dipandu suspek di Jalan Stapok MJC Batu Kawa.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, berlaku kejar mengejar apabila suspek yang masing -masing berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an enggan memberikan kerjasama.

“Polis berjaya menahan suspek di Jalan Tawi Sli dan pemeriksaan di dalam kereta menemukan pelbagai jenis senjata berbahaya seperti pisau rambo, parang dan pedang samurai,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Selain itu Ahsmon memberitahu, polis turut menemui tali pinggang yang mengandungi beberapa butir peluru hidup yang belum digunakan dan kelonsong peluru.

“Kedua – kedua suspek mempunyai 57 rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan,”katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) , Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan