Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) diminta memberi tumpuan untuk membawa lebih banyak penerbangan komersil secara terus ke Sandakan.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) diminta memberi tumpuan untuk membawa lebih banyak penerbangan komersil secara terus ke Sandakan.

MAVCOM diminta bawa lebih banyak penerbangan secara terus ke Sandakan

SANDAKAN, 12 Jun : Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) diminta memberi tumpuan untuk membawa lebih banyak penerbangan komersil secara terus ke Sandakan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Lapangan Terbang Sandakan kini tidak mempunyai sebarang kekurangan dan kekangan selepas projek pembesaran yang mulai dilaksanakan pada tahun 2019 telah siap sepenuhnya.

“Selepas pasca pandemik Covid-19, usaha kini adalah lebih menumpukan untuk bagaimana kita mahu tarik pelancong datang ke Sandakan.

“Oleh itu, saya beri tugas baharu kepada MAVCOM untuk membawa lebih banyak pesawat komersil untuk terbang secara terus ke sini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pembesaran Lapangan Terbang Sandakan di Sandakan.

Projek pembesaran yang melibatkan kos RM80.9 juta itu akan membolehkan Lapangan Terbang Sandakan mampu mengendalikan pesawat kod C tanpa had muatan dan penerbangan sehingga enam jam.

Skop projek itu melibatkan pemanjangan landasan dari 2,133 meter kepada 2,500 meter selain pelebaran kawasan parker pesawat dan menaiktaraf navigasi penerbangan seperti “precision approach light, instrument landing system/glide path (ILS/GP)” dan “precision approach path indicator (PAPI)”.

Menurut Wee, Sandakan yang juga dikenali dengan gelaran “Little Hong Kong” amat berpotensi dimajukan melalui sektor eko-pelancongan.

“Apabila pembukaan sempadan di China, saya yakin Sandakan boleh menawarkan destinasi pelancongan yang berbeza banding dengan kawasan lain. Dan, kita sedia maklum Sabah adalah antara destinasi yang popular bagi penduduk di negara itu.

“Ini adalah sesuatu yang kita boleh rancang dan lihat kerana ia boleh memberi kebaikan kepada sektor pelancongan khususnya eko-pelancongan di Sandakan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Sabah 1 yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung MOktar Radin dan Pengerusi Malaysia Airports Berhad (MAHB), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan