Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein .

Malaysia dan Singapura sepakat terus perkukuh hubungan dua hala – Hishammuddin

SINGAPURA, 12 Jun : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sekian lama terjalin ketika mengunjungi Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) republik itu.

Mindef dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu memaklumkan, Hishammuddin kini berada di Singapura bagi menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) ke-19 bermula Jumaat (10 Jun) hingga Ahad (12 Jun).

Hishammuddin bertemu Lee di Istana pada Sabtu dan turut dihadiri Menteri Kanan (Pertahanan) republik itu Zaqy Mohamad.

Ketika pertemuan itu, Lee dan Hishammuddin sepakat untuk terus mengeratkan kerjasama, dan hubungan rakyat antara Singapura dan Malaysia terus diperkukuh.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan tindak balas terhadap cabaran keselamatan serantau seperti keselamatan siber dan maritim serta memerangi keganasan.

“Mereka mengulangi kepentingan mengukuhkan kerjasama pertahanan sedia ada melalui platform pelbagai hala seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM), ADMM-Plus, Perjanjian Pertahanan Lima Negara, dan juga menekankan keberkesanan langkah kerjasama gabungan seperti Rondaan Selat Melaka dan Kemudahan Maklumat Menangani Keganasan dalam meningkatkan keselamatan dan kestabilan serantau,” menurut kenyataan itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan