Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemajuan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak adalah lebih cepat berbanding Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Kemajuan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak lebih cepat berbanding PLUS

MIRI, 12 Jun : Kemajuan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dilihat lebih cepat berbanding Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Dato Ir Mohd. Shuhaimi Hassan berkata, pencapaian itu hasil kerjasama Kerajaan Sarawak dan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.

“Sebenarnya PLUS mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan berbanding Pan Borneo.

“Ini hasil usaha Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof, juga sumbangan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Jelajah FTRoadpedia Sarawak yang berakhir semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Shuhaimi berkata, selepas siap sepenuhnya, Lebuhraya Pan Boreno akan memberi sumbangan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak.

Katanya, perkara sama berlaku selepas siapnya PLUS pada 1994 apabila hampir sebahagian besar negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysian termasuk utara Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis menikmati pembangunan pesat berikutan operasi laluan itu sehingga ke pintu sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Pada masa sama, Mohd. Shuhaimi secara peribadi memuji reka bentuk Lebuhraya Pan Borneo yang sangat menarik.

“Melihat kepada pelannya, Pan Borneo mempunyai super elevation manakala horizontal elevation juga sangat menarik dan mematuhi reka bentuk yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak,”katanya.

Selain itu beliau berkata, lebuhraya berkenaan juga mempunyai tahap keselamatan yang baik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan