Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan pengambilan 120 anggota baharu tahun ini bagi memperkemas pasukan penguat kuasa jabatan tersebut, kata Pengarah Akademi JPJ Mohamad Kifli Ma Hasan

JPJ laksana pengambilan 120 anggota baharu

PASIR MAS, 12 Jun : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan pengambilan 120 anggota baharu tahun ini bagi memperkemas pasukan penguat kuasa jabatan tersebut, kata Pengarah Akademi JPJ Mohamad Kifli Ma Hasan.

Beliau berkata ketika ini proses ujian fizikal dan temu duga sedang dilakukan bagi pengambilan berkenaan.

“Insya-Allah sebelum akhir tahun ini, mereka yang terpilih akan menjalani kursus tiga bulan di Akademi JPJ Melaka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik 2022/2023 di Sekolah Kebangsaan Kedondong di sini hari ini.

Mohamad Kifli berkata JPJ juga sedang berusaha menubuhkan pasukan pancaragam sendiri selain sudah memiliki pasukan pancaragam yang dianggotai 45 pegawai yang memiliki kemahiran bermain alat muzik bagpipe.

“Pasukan pancaragam itu dianggotai pegawai dari seluruh negara, mereka yang dipilih mempunyai minat yang tinggi serta berkebolehan memainkan peralatan muzik.

“Walaupun menganggotai pasukan pancaragam, mereka ini turut berkhidmat dalam pasukan seperti Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ… mereka tetap tertakluk kepada penugasan yang menuntut disiplin tinggi,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan