Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua wanita rentung dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama awal pagi tadi.

Dua wanita rentung dalam kebakaran di Tawau

TAWAU, 12 Jun : Dua wanita ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama awal pagi tadi.

Kedua-dua mangsa yang dipercayai mempunyai talian persaudaraan itu dikenali sebagai Kamisah Mapiasah, berusia dalam lingkungan 40-an dan Sadiah Jabar, 70-an.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.53 tengah malam tadi.

Menurutnya, lokasi kebakaran itu terletak empat kilometer dari BBP Tawau.

“Kebakaran membabitkan lima buah rumah iaitu tiga buah rumah jenis tidak kekal terbakar keseluruhan manakala dua lagi buah rumah jenis separuh kekal terbakar 40 peratus dan 60 peratus,” katanya.

Jelasnya, dua mangsa yang rentung dalam kejadian itu ditemui pada jarak berdekatan dalam salah sebuah rumah yang terbakar.

“Kita percaya kedua-duanya terperangkap di bilik tingkat atas ketika kejadian,”katanya.

Operasi dilaporkan terkawal pada jam 1.32 pagi dan tamat pada jam 3.08 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan