Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai Abang Muhideen (tengah) menghadiri Majlis Pelantikan dan Pemasyuran sebagai Penaung Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak malam tadi.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai Abang Muhideen meninggal dunia

KUCHING, 11 Jun : Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai Abang Muhideen meninggal dunia di sebuah hospital swasta awal pagi tadi.

Allahyarham menjawat jawatan berkenaan bermula 12 Julai 1988 sehingga 9 Julai 1990.

Di Sarawak, Allahyarham turut memberi sumbangan besar dalam pembangunan negeri ini apabila pernah dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Menteri Pertanian dan Masyarakat sehingga 1984.

Allahyarham  yang berusia 89 tahun juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak turut berkhidmat sebagai Senator di Dewan Rakyat.

Malam tadi, TVS menghadiri Majlis Pelantikan dan Pemasyuran Allahyarham sebagai Penaung Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) yang ketiga.

Yang Dipertua Persatuan PKMS, Dr Wan Ali Tuanku Madhi berkata, pelantikan berkenaan amat dihargai kerana ia boleh membawa era baharu kepada PKMS.

“Pemasyuran Tan Sri Datuk Amar Abang Haji Ahmad Urai sebagai penaung akan membawa era baru terhadap perjuangan PKMS dalam memartabatkan bangsa Melayu di Sarawak khususnya agar tetap relevan dan sejajar dengan perkembangan global,” katanya.

Abang Ahmad Urai selepas pemasyuran semalam turut berucap ringkas menerima tanggungjawab berkenaan malahan sempat menegur petugas media yang meliput program itu.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan diuruskan di kediamannya di Jalan Muda Hashim, Kuching hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan