SANDAKAN, 12 Jun : Seramai 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang berhibur di sebuah premis hiburan di Batu 4, Jalan Utara Sandakan ditahan oleh anggota Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sandakan dalam operasi awal pagi tadi.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Afizan Samsi berkata, Op Gegar itu telah memeriksa 40 orang pengunjung dan pekerja premis berkenaan.
Katanya, kesemua yang ditahan adalah kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
” 11 daripada tahanan merupakan warganegara Filipina manakala lagi seorang berasal dari Indonesia,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau memberitahu, kesemua PATI yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Katanya lagi, semasa serbuan dilakukan ada yang sedang berhibur selainnya ada yang disyaki sebagai pekerja di premis itu.
“Pihak Imigresen juga telah menahan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun disyaki sebagai majikan yang menggaji PATI,”katanya.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil kerja orang asing yang tidak memiliki pas yang
Sah”. – TVS