Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkembangan menjelang Perhimpunan Agung Tritahunan PBB menunjukkan kepimpinan tertinggi parti terus mendapat sokongan padu akar umbi, kata Douglas Uggah. Foto: Faitullah Morni.

Tiada pertandingan jawatan tertinggi PBB bukti sokongan padu akar umbi – Douglas Uggah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 11 Jun : Ketiadaan pertandingan bagi semua jawatan tertinggi sempena Perhimpunan Agung Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan datang mencerminkan sokongan padu akar umbi kepada kepimpinan parti.

Timbalan Presidennya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini juga menunjukkan ahli- ahli parti mahu Presiden, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terus memimpin parti itu.

“Jawatan-jawatan penting mendapat sokongan padu daripada akar umbi yang mahu Abang Johari terus memimpin PBB dan Sarawak ke arah memastikan kestabilan dan kemakmuran di sini,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat PBB, di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PBB mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang pencalonan untuk mencabar kesemua jawatan tertinggi dalam parti itu sempena Perhimpunan Agung Tritahunan PBB yang akan bermula pada 17 Jun ini.

Ekoran itu, Abang Johari bersama barisan kepimpinan akan mengekalkan jawatan masing – masing.

Semalam, Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah turut menyatakan sokongan padu sayap berkenaan kepada kepimpinan tertinggi PBB dan berharap semua jawatan tertinggi tidak akan dicabar sempena perhimpunan berkenaan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan