Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

Suri rumah ‘scammer’ jual barang kemas ditahan polis

SIBU, 11 Jun : Seorang suri rumah ditahan polis kerana disyaki menipu 10 orang pelanggan dalam urusan jualan barang kemas membabitkan kerugian keseluruhan sebanyak RM23 407.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan di sebuah rumah di Sibujaya pada pukul 11 malam Khamis lepas.

Katanya, suspek dipercayai menipu kesemua mangsa menerusi skim pembelian barang kemas yang tidak wujud.

“Mangsa telah membuat pembayaran tunai secara beransur -ansur sejak Ogos 2021 sehingga Mei 2022.

“Bagaimanapun sehingga kini , kesemua mereka belum menerima perhiasan emas seperti yang dijanjikan,”katanya menerusi kenyataan media.

Jelasnya, suspek sering memberi pelbagai alasan menyebabkan kesemua mangsa nekad membuat laporan polis.

“Dua kertas siasatan di bawah Sekysen 420 Kanun Keseksaan telah dibuka,”ujarnya.

Zuklifli menambah suspek kini direman selama empat hari sehingga 14 Jun bagi membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan