Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fauziah Gambus merupakan antara artis yang akan memeriahkan RWMF bersama suaminya Firlany, yang juga pemuzik yang berkemahiran bermain lebih daripada 30 alat muzik.

Pemuzik berbakat dari seluruh dunia ‘gegarkan’ Rainforest Music World Festival 2022

KUCHING, 11 Jun : Rainforest World Music Festival (RWMF 2022) yang berlangsung secara hibrid bermula 17 hingga 19 Jun ini akan menampilkan penghibur dari seluruh dunia dengan persembahkan muzik tradisional dari negara masing-masing.

Mewakili Sabah, Fauziah Gambus merupakan antara artis yang akan memeriahkan RWMF bersama suaminya Firlany, seorang pemuzik yang berkemahiran bermain lebih daripada 30 alat muzik.

Turut serta ialah pemain perkusi, Achik Walid.

Kumpulan muzik rakyat, iBeddi dari Sicily, Italy yang ditubuhkan pada 2005 akan memperdengarkan lagu-lagu yang menggunakan gabungan dialek Sicily dan Itali pada pentas RWMF.

Sempena acara ini, akan turut dilangsungkan bengkel  padasebelah siang selain pengunjung boleh melawat pameran kraf yang menampilkan kraftangan terbaik Borneo.

Pada masa sama, orang ramai turut berpeluang merasai pelbagai makanan enak yang dijual di bazar RWMF.

Pengunjung boleh memilih beberapa kategori tiket yang ditawarkan termasuk pas dewasa untuk satu hari pada harga RM165.

Pas tiga hari dewasa pula dijual pada harga RM405, pas sehari kanak – kanak (RM85), pas tiga hari kanak – kanak (RM195) dan pas pakej keluarga satu hari bagi dua dewasa dan dua kanak – kanak ditawarkan pada harga RM440.

Tiket untuk menonton secara dalam talian pula berharga RM25 bagi setiap blok selama sejam.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rwmf.net. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan