Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kompleks pentadbiran baharu bernilai RM24 juta akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk setempat, kata Premier Sarawak.

Pejabat Pentadbiran ‘Bunga Rafflesia’ bernilai RM24 juta untuk manfaat penduduk – Premier Sarawak

ByLuqman Muhammad

LUNDU, 11 Jun : Daerah ini bakal memiliki bangunan pentadbiran baharu yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak dengan kos keseluruhan sebanyak RM24 juta.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek berkenaan dijangka akan siap dalam tempoh 18 bulan.

Katanya, keputusan membina pusat berkenaan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat.

“Perancangan ini tepat pada masanya kerana pembangunan di Lundu semakin berkembang.

“Oleh itu, kawasan ini memerlukan pusat pentadbiran yang baik, kita (Kerajaan Sarawak) akan ubah dengan menempatkan kesemua pejabat kerajaan negeri di bawah satu bumbung,”katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Daerah Lundu) di sini, hari ini.

Mengikut perancangan, bangunan pejabat berkenaan akan dibina dengan ciri budaya tempatan dan menggunakan konsep Bunga Rafflesia yang hanya terdapat di Lundu.

Pejabat berkenaan akan dibangunkan di Lot 59 dan 60 dengan keluasan sekitar enam ekar.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menasihatkan setiap Pejabat Daerah serta agensi-agensi kerajaan negeri agar memberikan perkhidmatan yang cekap, bukan sahaja kepada komuniti tempatan malah kepada pengunjung luar.

“Saya percaya dengan pembangunan modal insan serta latihan yang disediakan akan dapat melatih kakitangan awam kita agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih efisien bagi memastikan semua dasar dan polisi Kerajaan Sarawak dapat dilaksanakan dengan jayanya,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan