SIBU, 11 Jun : Gara – gara menunjukkan keberanian tidak kena pada tempatnya dengan melakukan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motosikal, seorang remaja lelaki ditahan polis dalam operasi membanteras samseng jalan raya di Jalan Permai, dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, remaja berusia 18 tahun itu ditahan pada pukul 4 petang semalam.
Katanya, remaja itu kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya.
Sementara itu beliau memberitahu, dalam operasi sama, polis turut mengesan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk memandu serta menunggang tanpa lesen, ubah suai ekzos, tiada cermin sisi, nombor pendaftaran ‘fancy’ dan tidak memakai topi keledar.
“Operasi selama lima jam itu berakhir pada pukul 9 malam.
“Secara keseluruhan, sebanyak 18 telah dikeluarkan,”katanya menerusi kenyataan media. -TVS