Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia berharap menjadi negara pertama di dunia yang menggubal undang-undang melarang aktiviti merokok terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 (Generational End Game). Gambar hiasan.

Malaysia harap jadi negara pertama perkenal undang-undang larangan merokok generasi muda

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jun : Malaysia berharap menjadi negara pertama di dunia yang menggubal undang-undang melarang aktiviti merokok terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 (Generational End Game) apabila cadangan perundangan penting itu dibawa ke Parlimen bulan depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jika diluluskan dan dikuatkuasakan dengan berkesan ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik secara ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Sekiranya undang-undang ini diluluskan, rakyat Malaysia yang lahir selepas 2005 tidak akan dapat membeli atau menggunakan produk rokok lagi. Selesai.

“Tiada lagi aktiviti merokok dan tembakau. Ada pihak yang percaya bahawa pengharaman bukanlah jalan penyelesaian; Saya berazam untuk menjayakan usaha ini,” katanya dalam ucaptama bertajuk Future-Proofing Public Health Care yang telah disampaikan semasa Dialog Kepimpinan Pemikiran Kesihatan Awam yang diadakan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2 Jun ketika beliau berada di republik itu sebagai Felow Pertukaran Lee Kuan Yew.

Teks ucapan beliau telah tersedia kepada Bernama hari ini selepas NUS memuat naik video dialog itu di saluran YouTubenya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan