Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Curi elektrik untuk lombong mata wang kripto punca kebakaran di Desa Senadin, Miri. Foto: Sarawak Energy

Kegiatan curi elektrik punca kebakaran di Desa Senadin

ByNurul Amarlina

KUCHING, 11 Jun : Kebakaran yang berlaku di lot kedai komersial di Desa Senadin, Miri baru – baru ini dipercayai berpunca akibat kegiatan mencuri bekalan elektrik.

Sarawak Energy Berhad (SEB) memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak untuk memutuskan bekalan elektrik bagi memadamkan kebakaran berkenaan.

Menurut SEB, selepas api dipadamkan, pasukan teknikalnya menemui 48 mesinperlombongan mata wang kripto di premis berkenaan.

“Pasukan kami juga mendapati sistem pendawaian telah diganggu.

“Kabel telah disambungkan ke server yang akhirnya membawa kepada bebanan berlebihan kepada sistem elektrik sehingga menyebabkan kebakaran,” jelas SEB menerusi kenyataan media.

Jelas SEB, premis yang terbakar itu ‘tidak sepatutnya’ pihak mempunyai bekalan elektrik kerana rekod menunjukkan bekalan telah terputus sejak pertengahan 2020. 

SEB menganggarkan kerugian kira-kira RM14,500 sebulan sejak tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat untuk memastikan pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

Kebakaran terbaharu itu merupakan kes kelima di Miri yang melibatkan pusat perlombongan mata wang kripto yang berkaitan dengan aktiviti mencuri elektrik pada tahun ini. 

Kawasan-kawasan yang mencatatkan kes serupa termasuklah di Taman Tunku, Permyjaya dan Pusat Komersial Pelita. 

Menurut SEB, kecurian elektrik merupakan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan.

SEB turut menasihati orang ramai untuk melaporkan aktiviti mencurigakan berkaitan kecurian elektrik dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1300-88-3111 atau emel kepada customercare@sarawakenergy.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan