Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hotel tersebut akan dibangunkan menerusi dana swasta dengan nilai RM120 juta.

Hotel seperti di Dubai bakal dibangunkan di Lundu-Sematan

ByLuqman Muhammad

SEMATAN, 11 Jun: Kerajaan Sarawak merancang beberapa strategi untuk merancakkan lagi industri pelancongan di kawasan selatan Sarawak, termasuk pembinaan dua buah hotel bertaraf antarabangsa di Lundu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata hotel-hotel tersebut akan dibangunkan menerusi pelaburan swasta yang dianggarkan bernilai RM120 juta.

“Saya telah melihat pelan hotel yang akan dibangunkan itu , sama seperti hotel di Dubai.

“Ini akan memberi limpahan kepada rakyat di kawasan ini menerusi lambakan peluang pekerjaan dan sekaligus membantu meningkatkan pendapatan masyarakat setempat apabila menerima kedatangan pelancong luar,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika beliau berucap pada Majlis Perasmian Pontoon dan Landskap Tebingan Sungai Sematan serta Penyampaian Hadiah kepada pemenang joran Tanjong Datu di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, Lundu-Sematan juga mempunyai potensi yang baik dan sesuai untuk dijadikan ‘Peak Of Borneo’ bagi di kawasan selatan negeri ini, seterusnya menarik minat pelabur asing untuk membuka industri pelancongan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Kerajaan Sarawak, katanya, komited dalam melaksanakan perancangan pembangunan di Daerah Lundu-Sematan, khususnya bagi menaiktaraf sosioekonomi masyarakat di daerah ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan