Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat termasuk dua wanita maut dan seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi.

Empat maut, seorang parah dalam kemalangan di NKVE

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jun : Empat termasuk dua wanita maut dan seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang maut dikenali pasti sebagai P. Puvaaneshwaran, 28; Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31 dan Leong Man Yuen, 27 manakala yang parah dikenali sebagai Heng Chan Yee, 28.

Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah. Foto: Bernama

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 4.11 pagi. 

Katanya insiden tersebut membabitkan kereta Wira Aeroback yang dipandu seorang lelaki dan Wira jenis sedan dinaiki empat orang.

“Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan