Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kerja Raya menjangkakan 20 seksyen Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak akan siap menjelang hujung tahun ini.

20 seksyen Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dijangka siap hujung tahun

BySalasiah Safian

MIRI, 11 Jun : Kementerian Kerja Raya menjangkakan sebanyak 20 seksyen dalam Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak akan siap menjelang hujung tahun ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, sebanyak lima lagi seksyen pula dijangka selesai proses pembinaan pada April tahun depan.

Katanya, lima seksyen berkenaan melibatkan Bukit Begunan, Spaoh, Lambir, Tatau dan Sarikei.

“Faktor utama yang menyebabkan lima seksyen ini disiapkan lebih lambat kerana kerja – kerja pembinaan di situ yang agak mencabar.

“Proses pembinaan di kawasan yang disebutkan dikategorikan kritikal,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Program Jelajah FTRoadpedia Sarawak, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, pemantauan rapi akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk memastikan pembinaannya berjalan lancar.

“Ini penting bagi memastikan pihak kontraktor dapat menyelesaikan kerja-kerja utama seperti pembinaan jambatan, culvert dan sebagainya,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan