Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pekerja kilang coklat berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam sebuah tangki coklat di Lancaster County, Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Khamis. Gambar hiasan.

Terperangkap dalam tangki coklat, dua pekerja di AS diselamatkan

ByBernama

WASHINGTON, 10 Jun: Dua pekerja kilang coklat berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam sebuah tangki coklat di Lancaster County, Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Khamis.

Mereka terperangkap di dalam tangki di kilang Mars Wrigley di Elizabethtown, lapor United Press International (UPI), memetik petugas kecemasan.

WHP-TV di Harrisburg melaporkan kedua-dua pekerja itu terjatuh ke dalam tangki yang mengandungi coklat separas pinggang.

Kedua-duanya tidak mengalami kecederaan serius ketika dibawa ke hospital, menurut Penn Live.

Petugas kecemasan dipanggil ke kilang itu kira-kira jam 2 petang selepas pekerja itu terperangkap.

Tiada ulasan daripada Mars Wrigley mengenai insiden itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan