Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak peruntukan RM1.5 bilion menerusi IRSDA untuk pembangunan Samarahan – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 10 Jun : Penubuhan Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) merupakan pendekatan baharu diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak untuk memacu pembangunan di Samarahan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek bagi merancakkan pertumbuhan sosio ekonomi rakyat di kawasan berkenaan.

Katanya, menerusi langkah itu, beliau berharap agar ia dapat mempercepatkan pembangunan prasarana di Samarahan secara menyeluruh.

“Pembangunan ini kita rancang secara holistik dan terus projek terus dilaksanakan.

“Setakat ini sebanyak 608 projek telah diluluskan dengan 201 telah berjaya disiapkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian IRSDA di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah .

Sementara  itu Abang Johari yang juga Penaung IRSDA memberi jaminan untuk akan memastikan peruntukan ditambah berdasarkan perancangan projek -projek yang ingin dilaksanakan.

“Kalau dulu mungkin kita menghadapi kekangan kewangan, sekarang Sarawak mempunyai dana sendiri yang mampu untuk membantu kita memantapkan lagi pembangunan di negeri ini secara holistik dan mampan,”katanya lagi.

Sementara itu Abdul Karim berkata, idea Abang Johari menubuhkan IRSDA pada 2018 merupakan buah tangan yang terbukti menguntungkan Samarahan di pelbagai sektor.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu IRSDA berkata, meskipun badan induk itu baharu sahaja dirasmikan hari ini, namun projek-projeknya telah dinikmati rakyat di Samarahan.

“Ilham Premier Sarawak jauh ke hadapan kerana dalam tempoh yang singkat berlaku ledakan pembangunan di sini,” katanya.

Berkenaan fungsi jawatankuasa Pemandu IRSDA, ia dibantu oleh empat jawatankuasa kecil iaitu Jawatankuasa Kecil Pembangunan Infrastruktur IRSDA, Jawatankuasa Kecil Pesisir Pantai, Ban , Sungai dan Perparitan IRSDA, Jawatankuasa Kecil Pembangunan Pertanian ISRDA dan Jawatankuasa Kecil Pembangunan Pelancongan IRSDA yang masing-masing bertanggungjawab untuk mengendalikan projek-projek pembangunan prasarana dan sosio-ekonomi di bahagian ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan