Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang kepada 7.2 peratus pada 2022, kata ICAEW.

KDNK Malaysia diunjur berkembang 7.2 peratus tahun ini – ICAEW

KUALA LUMPUR, 10 Jun : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang kepada 7.2 peratus pada 2022, didorong sebahagiannya oleh sektor pelancongan yang semakin pulih diunjurkan pulih kepada lebih 30 peratus daripada paras sebelum pandemik pada 2022 dan mendahului rantau ASEAN dengan lebih 70 peratus pemulihan sektor dijangkakan pada 2023.

Menurut Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), Malaysia tidak terjejas oleh kenaikan harga minyak akibat perang Rusia-Ukraine berikutan ia merupakan pengeksport minyak bersih bersama dengan gas asli cecair (LNG), yang bermakna hasil eksport yang lebih tinggi untuk Malaysia.

Katanya subsidi bahan api yang dilaksanakan kerajaan turut membantu mengawal harga petrol pengguna selain langkah perlindungan makanannya, impak daripada kenaikan harga komoditi dan minyak terhadap Malaysia adalah negatif.

“Bagaimanapun, berdasarkan langkah-langkah sekatan pergerakan pada tahun lepas berikutan varian Delta dan kebergantungan yang tinggi terhadap eksport ke China, ia dijangka mencatatkan pertumbuhan KDNK antara 1.0 peratus dan 1.5 peratus lebih rendah pada tahun ini berbanding sebaliknya,” menurut ICAEW dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Asia Tenggara menghadapi masalah tenaga kerja yang teruk akibat pandemik dan selama beberapa dekad, Malaysia telah meraih manfaat daripada buruh asing yang murah dan pada masa ini, dua daripada industri yang paling terjejas ialah runcit dan komoditi.

Akauntan Bertauliah Felow ICAEW Rafizi Ramli berkata Malaysia tidak mempunyai pilihan selain mengetahui cara menggunakan teknologi, pendigitalan dan pengoptimuman untuk beralih daripada bergantung kepada tenaga kerja asing dan lebih banyak automasi.

“Walaupun runcit berkembang pesat berikutan permintaan pasaran, lebih banyak industri tradisional seperti komoditi memerlukan banyak inovasi, misalnya penyelidikan dan pembangunan dalam robotik dan logistik.

“Diharapkan apa yang kita pelajari semasa pandemik akan mengurangkan masalah pasaran dan kita akan menyaksikan penggunaan yang lebih baik dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang,” katanya.

Rafizi percaya rantau ASEAN terlepas peluang untuk menggalakkan kesedaran digital yang diwujudkan oleh pandemik dan seterusnya kekurangan bahan binaan penting dalam pendigitalan, iaitu kemahiran semula.

Beliau berkata terdapat ketidakpadanan antara cara institusi dan pasaran pekerjaan menangani kemahiran semula dan walaupun terdapat permintaan untuk pekerjaan berkaitan teknologi di Malaysia, ia juga semakin sukar untuk mendapatkan akses kepada tenaga kerja tersebut dan kemahiran semula.

“Misalnya, permintaan untuk jurutera perisian ternyata semakin meningkat. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya di Malaysia, Singapura dan Indonesia, terdapat kekurangan penawaran.

“Ketiga-tiga negara ini perlu memikirkan cara untuk mengimbangi ini berikutan Malaysia misalnya, penawaran tidak seiring dengan permintaan. Banyak pelaburan yang mungkin masuk ke rantau ini akan pergi ke China atau India jika kita tidak menangani isu ini,” katanya. -TVS

Tags: ICAEW, KDNK

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan