Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Statistik kelahiran baharu di Sarawak pada tahun lepas menunjukkan penurunan ketara apabila hanya seramai 24 081 bayi dilahirkan. Foto Facebook Fatimah Abdullah.

Kadar kelahiran di Sarawak menurun secara drastik

KUCHING, 10 Jun : Statistik kelahiran baharu di Sarawak pada tahun lepas menunjukkan penurunan ketara apabila hanya seramai 24,081 bayi dilahirkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pada tahun sebelumnya, jumlah kelahiran ialah sebanyak 31,176 orang.

Ujar Fatimah, kadar pada 2019 berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula lebih tinggi iaitu sebanyak 33,304 pendaftaran.

“Kerajaan Sarawak memantau perkembangan ini dan kita bimbang kerana ia boleh menyebabkan populasi rakyat menurun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Kesuburan Sunway Kuching di pejabatnya di sini hari ini.

Bagi mengatasi masalah ini, ujar Fatimah, kementerian akan bekerjasama dengan Sunway Medical Fertility yang menawarkan rawatan untuk pasangan yang sukar mendapatkan zuriat setelah berkahwin dalam tempoh setahun atau lebih.

Katanya, pusat berkenaan menawarkan perkhidmatan seperti intrauterine insemination (IUI), in- vitro fertilisation (IVF), Embryo Culture and Selection, Genetic Testing (PGT), Sperm and Egg Freezing serta banyak lagi.

“Saya amat mengalu – alukan kehadiran kunjungan hormat Sunway Fertility Centre sebab saya tahu ini akan memberi satu harapan kepada pasangan suami isteri yang kedua-duanya normal dari segi kesihatan tetapi tidak mendapat zuriat.

“Jadi tentu sekali kalau ada institusi yang dapat membantu ianya dapat memberi harapan kepada mereka,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan