Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hasrat Sarawak juarai SUKMA 2022 mungkin terjejas

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 10 Jun : Sasaran Sarawak untuk menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dilihat terjejas sekiranya beberapa acara sukan termasuk yang menjadi sasaran kontinjen Bumi Kenyalang tidak dipertandingkan.

Timbalan Menteri Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan akhir sebelum memuktamadkan jumlah pungutan pingat yang boleh dimenangi atlet negeri ini.

Katanya, pada hari ini berlangsung mesyuarat SUKMA yang mana Sarawak diwakili Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN).

“Saya masih menunggu laporan kerana difahamkan terdapat beberapa sukan yang tidak berada pada senarai sukan wajib pada temasya ini.

“Kita perlu melihat laporan akhir tentang acara yang muktamad akan dipertandingkan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Joran Tanjung Datu Tok Nan Open Sea Competition 2022 di Sematan di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyuarakan kebimbangan sekiranya acara yang menyaksikan Sarawak sering mendominasi saingan SUKMA termasuk terjun digugurkan sekaligus boleh menjejaskan pungutan pingat.

Abdul Karim dengan tegas meminta supaya acara itu tidak dipinggirkan pada SUKMA memandangkan reputasi terjun sebagai penyumbang pingat kepada kontinjen negara termasuk di Sukan Olimpik.

Sementara itu, Gerald mengakui sekiranya sukan yang mempunyai potensi menyumbang pingat emas tercicir pada edisi kali ini, ia menyukarkan impian Sarawak untuk menjadi juara keseluruhan selain faktor kesuntukan masa.

“Masuk minggu hadapan,  kita hanya tinggal 100 hari sebelum SUKMA berlangsung, dalam tempoh masa itu, sukar untuk merangka strategi  baharu pada  mesyuarat yang akan dilangsungkan  dalam masa terdekat,” katanya.

Untuk rekod, SUKMA ke-20 sepatutnya berlangsung di Johor pada 6 hingga 14 Mac 2020 lepas namun ditunda susulan pandemik  COVID-19 .

Kementerian Belia dan Sukan kemudian memutuskan untuk menganjurkannya di Kuala Lumpur pada September depan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan