Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TMJ mengumumkan undur diri dari JDT pada hari ini sekaligus mengejutkan penyokong setia JDT.

TMJ umum undur diri dari JDT

ByNina Azman

KUCHING, 9 Jun : Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan mengundur diri daripada pasukan itu.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab,” kata Tunku Ismail menerusi Facebook JOHOR Southern Tigers.

Tunku Ismail yang lebih dikenali sebagai TMJ (Tunku Mahkota Johor) turut mendoakan yang terbaik kepada kelab dan semua.

Sejak mengambil alih pasukan berkenaan pada 2013, TMJ dan JDT telah mencetuskan revolusi baharu dalam bola sepak tempatan apabila menjadi kelab pertama menjuarai Liga Super sebanyak lapan kali berturut – turut.

Pada Februari lalu, JDT menjulang trofi terbaharu dengan merangkul Piala Sumbangsih.

Pasukan Harimau Selatan itu juga menjadi kelab bola sepak tempatan pertama menjuarai Piala AFC selain menampilkan aksi membanggakan pada Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan