Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka korban akibat serangan berdarah di sebuah gereja di barat daya Nigeria pada Ahad meningkat kepada 40 orang, kata gabenor wilayah Ondo, Arakunrin Rotimi Akeredolu pada Rabu. --foto Reuters

Serangan gereja di Nigeria, angka korban meningkat kepada 40 orang

ByBernama

LAGOS, 9 Jun : Angka korban akibat serangan berdarah di sebuah gereja di barat daya Nigeria pada Ahad meningkat kepada 40 orang, kata gabenor wilayah Ondo, Arakunrin Rotimi Akeredolu pada Rabu.

Sementara itu, 61 mangsa yang cedera kini dirawat di hospital tempatan, dan 26 orang telah dibenarkan keluar dari hospital, lapor Xinhua.

Taman peringatan akan dibina bagi mengebumikan mereka yang terbunuh dalam serangan itu.

Kerajaan negeri turut mewujudkan sebuah akaun bank bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat, katanya.

Pada Isnin, Akeredolu mengisytiharkan tempoh perkabungan tujuh hari dan mengarahkan agar bendera dikibarkan separuh tiang di semua bangunan awam sebagai mengenang mangsa terkorban.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad di Abuja, Presiden Nigeria Muhammadu Buhari mengutuk pembunuhan kejam itu. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan