Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 14 orang maut dalam pergaduhan antara kumpulan pelombong emas di Arequipa, selatan Peru, menurut pejabat pendakwa raya tempatan pada Rabu. 

Peru : Pergaduhan antara pelombong emas ragut 14 nyawa

ByBernama

LIMA, 9 Jun: Seramai 14 orang maut dalam pergaduhan antara kumpulan pelombong emas di Arequipa, selatan Peru, menurut pejabat pendakwa raya tempatan pada Rabu. 

Tujuh mayat ditemukan pada Sabtu dengan kesan tembakan, dan tujuh lagi dijumpai pada Selasa, dan beberapa orang masih hilang, kata pendakwa raya Arequipa, Maria del Rosario Lozada, lapor Xinhua.

Keganasan berlaku pada 2 Jun di Huanaquita, di daerah Atico, wilayah Caraveli, kawasan yang menjadi pertikaian antara kumpulan pelombong itu, menurut akhbar tempatan El Comercio.

Pihak berkuasa telah menahan 31 orang berhubung kejadian itu, kata Lozada.

Pejabat pendakwa sedang menganalisis video dan audio berhubung kejadian itu untuk mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan