Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terpedaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan pulangan lumayan, namun akhirnya ‘terjebak’ sebagai pegawai khidmat pelanggan sindiket penipuan dalam talian.

Penuntut IPT disyaki buang bayi ditahan

ARAU, 9 Jun : Polis menahan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT)  hari ini berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan yang dibalut dengan  plastik hitam di hadapan sebuah gerai berhampiran Taman Seri Wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perlis ACP Wari Kiew berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan bayi itu sekitar pukul 9.10 pagi tadi dalam keadaan masih bertali pusat.

“Hasil siasatan awal mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis  juga telah menerima panggilan daripada seorang wanita (suspek) yang memaklumkan telah meninggalkan seorang bayi berdekatan kawasan berkenaan.

Wanita itu juga telah meninggalkan nombor telefon setelah dipujuk oleh pihak JKM,” katanya  ketika dihubungi pemberita hari ini.

Wari berkata selepas menerima panggilan itu, JKM Perlis telah bergegas ke lokasi terlibat dan menemui seorang bayi masih bertali pusat yang dibalut dengan plastik hitam.

Beliau berkata pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) turut ke lokasi berkenaan dan membawa bayi tersebut ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Bayi itu dilaporkan kini berada dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan