Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penganggur yang ditahan selepas disyaki menyebabkan kemalangan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di daerah Rembau, Ahad lepas, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memiliki ganja.

Penganggur sebabkan kemalangan lima kenderaan didakwa miliki ganja

KUALA PILAH, 9 Jun : Seorang penganggur yang ditahan selepas disyaki menyebabkan kemalangan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di daerah Rembau, Ahad lepas, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memiliki ganja.

Mengikut kertas pertuduhan, Munzir Azmeer Abd Rahim, 28, didakwa memiliki tumbuhan kering disyaki dadah kanabis dianggar seberat 3.39 gram di dalam kereta jenis Perodua Myvi di Kilometer 242.9 di lebuh raya PLUS arah selatan, dalam daerah Rembau, kira-kira 10.25 pagi pada 5 Jun lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Che Ku Nor Azlinda Che Ku Mahmood. 

Tiada jaminan ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Yap Tsu Sheng dan sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Jun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan