Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Menandatangai MoU Tajaan sempena penganjuran Konvensyen Junior Chamber International (JCI) di Sarawak pada Oktober depan.

Konvensyen JCI kembali ke Sarawak selepas 24 tahun

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING,9 Jun : Konvensyen Junior Chamber International (JCI) Kebangsaan kembali dianjurkan di Sarawak selepas 24 tahun.

Pengarah Konvensyen JCI, Emily Bong berkata, program berkenaan akan memfokuskan perbincangan ke arah memperkasakan golongan belia di negeri ini dalam bidang keusahawanan.

Katanya, persidangan akan bermula pada 13 hingga 15 Oktober depan dan dijangka dihadiri delegasi dalam dan luar negara.

“Kami menyasarkan kehadiran seramai 1,200 orang perwakilan malah turut bercadang untuk menjemput Presiden Kebangsaan Asia Pasifik untuk datang menyertai acara berkenaan kelak.

“Melalui konvensyen ini, ia secara tidak langsung akan mempromosi pelancongan Sarawak kepada dunia terutama keramahan masyarakat di sini serta kepelbagaian makanan yang ada,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mendatangani Momerandum Persefahaman (MoU) Tajaan bersama rakan strategik di sini hari ini.

Yang turut hadir,Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Hii Chang Kee.

Sementara itu, Chang Kee berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalukan kerjasama dari organisasi seperti  JCI yang komited dalam aspek pembangunan belia di Sarawak,.

 “JCI merupakan sebuah organisasi yang berpandang jauh ke hadapan terutamanya aspek pembangunan belia.

“Di pihak kementerian, kita sangat menghargai peranan dimainkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti JCI yang komited membangunkan pemimpin muda di peringkat komuniti,”katanya.

Katanya, kementerian juga berharap acara berkenaan akan melahirkan pemimpin belia dari Sarawak yang mampu berkhidmat untuk negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan