Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof beramah mesra dengan peniaga sempena Jelajah FTRoadpedia Sarawak yang bermula hari ini.

Fadillah naik bas sejauh 826 km dari Kuching ke Miri tinjau perkembangan Pan Borneo

BySalasiah Safian

KUCHING, 9 Jun : Kementerian Kerja Raya menganjurkan Program Jelajah FTRoadpedia Sarawak buat kali kedua bermula hari ini hingga 11 Jun bagi meninjau perkembangan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, jelajah kali ini membabitkan jarak keseluruhan sejauh 826 kilometer (km) bermula dari Kuching ke Miri.

Katanya, jelajah yang menggunakan bas akan memantau projek berkenaan di daerah Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri.

“Warga kementerian serta pengamal media yang mengikuti FTRoadpedia akan merasai pengalaman menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang status siapnya kini mencapai 83.04 peratus,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu Fadillah turut memberitahu, satu daripada 11 pakej lebuh raya berkenaan siap sepenuhnya membabitkan laluan dari Teluk Melano ke Pujuk Link Road, Miri sepanjang 787 km.

“FTRoadpedia Sarawak pada hari pertama melibatkan tinjauan beberapa pakej kerja Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak iaitu Pakej Kerja 2 membabitkan Sematan ke Jambatan Sungai Moyan, KSR Interchanges (Batu 4 1⁄2, Batu 6, Batu 7 dan Batu 10) sepanjang 95.43km,”katanya.

Beliau turut memberitahu, terdapat tiga seksyen di bawah Pakej Kerja 2 iaitu Sekyen Bau yang dijangka siap sepenuhnya November ini dengan status kemajuan mencapai 82 peratus.

Katanya Seksyen KSR yang dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2022 dengan status kemajuan mencecah 96 peratus dan Seksyen Lundu yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2022 dengan status kemajuan siap 83 peratus.

Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak ini bakal menjadi nadi ekonomi kepada Sarawak apabila ia siap sepenuhnya kelak.

Ia juga bakal meningkatkan akses perhubungan jalan darat yang lebih efisyen dan sistematik, memacu pembangunan kawasan baharu, merancakkan industri pembinaan, pelancongan dan pelbagai sektor lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan