Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak akan terus menjalinkan peluang kerjasama baharu dengan Brunei dan Indonesia untuk membangunkan pengeluaran bahan api penerbangan mapan (SAF) antara lain mengandungi minyak diekstrak daripada tumbuhan alga.

Sarawak terokai kerjasama dengan Indonesia, Brunei bangunkan SAF

KUCHING, 8 Jun : Sarawak akan terus menjalinkan peluang kerjasama baharu dengan Brunei dan Indonesia untuk membangunkan pengeluaran bahan api penerbangan mapan (SAF) antara lain mengandungi minyak diekstrak daripada tumbuhan alga.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata , Sarawak dan kepulauan Borneo secara keseluruhannya sememangnya mempunyai banyak tumbuhan alga yang boleh digunakan.

Katanya melalui proses pengekstrakan, minyak boleh dikeluarkan daripada alga sekali gus digunakan untuk bahan api.

Jelasnya sebagai permulaan, agensi pembangunan dan pelaburan kerajaan negeri SEDC Sarawak akan membangunkan satu makmal untuk membuat penyelidikan lanjut mengenai perkara tersebut.

“Bayangkan lumut yang banyak di pulau Borneo ini dengan kerjasama bersama Brunei dan Indonesia kita boleh hasilkan minyak dan akan menjadi pengeluar SAF,” katanya semasa berucap pada Simposium Antarabangsa mengenai Transformasi Industri Digital 2022, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata Sarawak juga boleh memanfaatkan ekosistem kawasan pesisir pantainya untuk membangunkan tumbuhan alga tersebut.

“Apabila kita sudah bersedia, mungkin kita boleh melihat bagaimana kita boleh mengusahakan tanaman tumbuhan alga ini di seluruh kawasan pantai kita yang ada bakau.

“Kita juga akan lihat berapa banyak tan alga yang diperlukan untuk menghasilkan berapa gelen bahan api. Kita kena kaji dulu,” katanya.

Dalam ucaptama di Sidang Kemuncak dan Pameran Hidrogen Dunia 2022  di Rotterdam, Belanda, pada 9 Mei lalu, Abang Johari berkata SEDC Sarawak sedang berkolaborasi dengan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) dalam pembangunan biofuel, hidrogen hijau dan sel bahan api untuk pesawat.

Menurutnya bahan api penerbangan alternatif seperti SAF boleh menjadi kunci kepada perjalanan udara yang mampan, menyumbang kepada strategi pengurangan pelepasan industri dan matlamat pelepasan sifar karbon.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan