Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sara dan Wawa ikon pelancongan baharu Sarawak, penyeri RWMF 2022

ByAmirah Shawel

KUCHING, 8 Jun: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memperkenalkan ‘Sara dan Wawa’ sebagai dua watak maskot realiti tambahan (AR) terbaharu untuk mempromosikan produk pelancongan negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, inisiatif berkenaan diyakini akan membawa industri pelancongan Sarawak ke satu tahap yang baharu.

“Saya yakin dengan idea daripada STB ini akan meningkatkan keterlihatan Sarawak pada peringkat global.

“Maskot tersebut akan memberikan pengalaman baharu dan menyeronokkan kepada pengunjung semasa menerokai Sarawak,” katanya semasa menghadiri Majlis Penghargaan Penaja STB di sini semalam.

Dua maskot AR ini melibatkan Sara yang merupakan Orang Ulu berpakaian tradisional dan Wawa iaitu burung enggang badak.

Jelas Abdul Karim, Sara dan Wawa adalah maskot interaktif STB yang membenarkan pengunjung untuk berinteraksi bersama mereka sepanjang berada di Bumi Kenyalang.

Rainforest World Music Festival (RWMF) dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 19 Jun di Kampung Budaya Sarawak manakala Borneo Jazz Festival akan diadakan di Coco Cabana Miri pada 24 hingga 26 Jun.

Antara penaja untuk RWMF 2022 adalah Malaysia Airlines (MAG), KARUNA (Sarawak) Enterprise dan Grab.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan