Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Matthew McConaughey

Pelakon Hollywood ‘menangis’ ketika merayu undang-undang senjata api lebih tegas

ByWani Azmi

TEXAS, AMERIKA SYARIKAT 8 Jun : Pelakon Hollywood kelahiran Uvalde, Texas, Matthew McConaughey dilihat gagal menahan hiba ketika ‘mengenang’ sekumpulan murid – murid di Sekolah Rendah Robb yang maut dalam insiden tembakan pada 25 Mei lepas.

McConaughey,52, berkata, kejadian itu memberi kesan kepadanya kerana Ulvalde merupakan tempat di mana dia belajar untuk menghormati kuasa dan memiliki senjata ini dengan bertanggungjawab, lapor Reuters.

Selepas bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden semalam, pelakon filem Magic Mike itu menggesa kongres supaya bertindak lebih tegas terhadap keganasan senjata api.

“Pemilik (senjata api) yang bertanggungjawab muak dengan Pindaan Kedua yang telah disalah guna dan dirampas oleh beberapa individu yang gila,”katanya.

Seterusnya pelakon lelaki terbaik Golden Globe Award menerusi filem True Detective itu turut menggesa supaya had umur minimum ditingkatkan untuk membeli senapang separa automatik AR-15 kepada 21 tahun.

Percakapan aktor itu juga ‘tersekat’ beberapa kali sambil memegang gambar beberapa mangsa kanak-kanak yang maut.

“Pada ketika kita menghormati mangsa – mangsa yang terkorban, kita juga perlu menyedari bahawa tragedi kali ini ada sesuatu yang berbeza, mungkin membuka laluan yang lebih baik pada masa akan datang,”katanya.

Tragedi berdarah itu berlaku selepas seorang lelaki berusia 18 tahun mengamuk sehingga mengorbankan 19 pelajar dan dua guru. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan