LUBOK ANTU, 8 Jun : Daerah ini dikesan terus menjadi lokasi panas kegiatan menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia ke Sarawak.
Terbaharu, cubaan seorang lelaki tempatan ‘membawa’ enam PATI berjaya ditumpaskan oleh polis di Kilometer 2, Jalan Entugam, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Victor Ripon berkata, kesemua PATI itu ditahan dalam satu sekatan jalan raya yang dilakukan sempena Op Benteng pada pukul 6 pagi.
Katanya, anggota polis yang bertugas menahan sebuah kereta jenis Hyundai Getz berwarna hitam dari arah Batu Kaya dalam keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat enam penumpang termasuk seorang wanita wanita.
“Kesemua mereka bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Baca >>>Â Â Sembilan PATI cuba masuk Sarawak di Lubok Antu diusir tentera
Baca >>>  Kanak – kanak lelaki tiga tahun antara PATI ditahan ATM di Lubok Antu
Baca >>>Â Â Wanita tempatan jadi tekong bawa PATI ditahan polis
Baca >>>Â Â Dua PATI Indonesia cuba seludup masuk lapan senapang angin diberkas
Baca >>>  Dua kenderaan bawa PATI ‘tewas’ depan IPD Lubok Antu
Beliau memberitahu, kesemua suspek bersama kenderaan serta barang-barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Lubok Antu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022dan Akta Imigresen 1959/63. -TVS