Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sibu akan terus memantau keadaan pasaran bagi memastikan bekalan ayam dan telur ayam mencukupi.

KPDNHEP Sibu teruskan pemantauan pastikan bekalan ayam dan telur mencukupi

SIBU, 8 Jun : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sibu akan meneruskan pemantauan di pasaran bagi memastikan bekalan ayam dan telur ayam mencukupi.

Ketuanya, Kelyn Bolhassan berkata, pihaknya juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam usaha memenuhi permintaan harian pengguna.

Baru-baru ini katanya, berlaku permintaan mendadak terhadap telur ayam berikutan sambutan Hari Gawai sekaligus menyebabkan stok terhad.

“Susulan itu, kerajaan telah mengambil langkah intervensi dengan melanjutkan penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam sehingga 30 Jun ini meliputi ayam dan telur ayam (gred A, B dan C),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Langkah itu katanya adalah untuk membantu rakyat dalam situasi ekonomi semasa negara terutama di peringkat peladang, pemborong dan peruncit.

Tegasnya, pengeluaran notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan Harga Maksimum 2011 juga akan dilaksanakan bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga tidak bertanggungjawab.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah penentuan harga maksimum tersebut,”katanya.

Kelly menggesa orang ramai melaporkan kepada kementerian, sekiranya mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berhubung skim ini.

Pengguna katanya boleh menyalurkan aduan kepada kementerian ini melalui aplikasi telefon pintar ez adu atau menghantar emel ke eaduan@kpdnhep.gov.my.

“Selain itu laporan juga boleh dibuat di pejabat KPDNHEP cawangan Sibu di Tingkat 1, Wisma Persekutuan Blok 3, Sibu,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan