Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Richard Riot Jaem bersama Lee Chie Beom ketika menghadiri Majlis Penutup Gawai Dayak 2022 di Serian semalam.

Korea Selatan berminat melabur sektor hidrogren di Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

SERIAN, 8 Jun : Korea Selatan dilihat berminat untuk melabur dalam sektor tenaga hidrogen di Sarawak, kata Duta Khas Perdana Menteri Ke Asia Timur, Dato Sri Richard Riot Jaem.

Ujar Richard, perkara itu akan dibincangkan dengan lebih terperinci pada Forum Perniagaan Sarawak dan Korea Selatan yang akan berlangsung esok.

Katanya, butiran akhir membabitkan kerjasama yang bakal dirintis itu akan diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg setelah forum berkenaan tamat.

“Butiran (perbincangan) dalam forum itu dijangka akan tertumpu kepada sumber tenaga termasuk hidrogen dan solar,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Penutup Gawai Dayak 2022 di Kampung Mongkos, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Richard Riot yang juga Ahli Parlimen Serian berkata, forum berkenaan membuktikan Sarawak kini mula ‘diintai’ oleh Korea Selatan.

Ujar beliau, beberapa kawasan di Sarawak seperti Tebedu yang memiliki kemudahan infrastruktur lengkap yang boleh dijadikan hub kepada pengeluaran sumber tenaga dilihat turut memberi keyakinan kepada pelabur asing.

Sementara itu, Duta Korea Selatan di Malaysia, Lee Chie Beom berkata, forum berkenaan akan  menjadi titik  pemulaan kepada Sarawak dalam menerima lebih banyak pelabur dari negaranya.

Katanya, Korea Selatan melihat Malaysia Timur mempunyai potensi sangat besar untuk diteroka.

“Faktor utama kami mengadakan forum perniagaan ini di Sarawak adalah kerana kami mengawal selia asas bagi pelabur Korea untuk melabur di Sarawak pada masa hadapan,”katanya.

Chie Beom dan delegasinya kini berada di Sarawak selama tiga hari bermula semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan