Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar pendermaan darah di Sarawak ketika ini hanya sekitar 1.9 peratus sahaja.

Kesedaran derma darah di Sarawak masih rendah – Pakar perubatan

KUCHING, 8 Jun : Tabung bekalan darah di Hospital Umum Sarawak (HUS) ketika ini masih berada pada paras yang tidak memuaskan.

Pakar Perubatan Transfusi HUS, Dr. Abu Sufian Ahmad berkata, ini berikutan jumlah rakyat Sarawak yang menderma darah masih lagi rendah.

Katanya, sekiranya situasi ini berterusan, ia akan memberi impak kepada stok bekalan darah di hospital.

“Ketika ini, kadar pendermaan darah di Sarawak hanya sekitar 1.9 peratus jika dibandingkan dengan negeri lain.

“Kita menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 3.0 peratus kadar pendermaan darah selaras saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” katanya.

Dr. Abu Sufian berkongsi perkembangan berkenaan ketika menjadi tetamu program Sejahtera Asia , terbitan TVS hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai untuk tampil menderma darah bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

Baca > > > Ibu empat orang anak tampil derma darah sempena Hari Ibu

Sementara itu, menurut laman sesawang Pusat Darah Negara (PDN) , Kementerian Kesihatan Malaysia, antara kriteria yang melayakkan individu menjadi penderma darah mestilah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun, sihat tubuh badan, berat badan 45 kilogram (kg) ke atas dan tidak ada masalah kesihatan.

Bagi penderma wanita, penderma mesti tidak mengandung, tidak datang haid serta tidak menyusukan anak.

Mereka yang berhasrat untuk menderma darah juga digalakkan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi iaitu minimum lima jam di samping mengambil makanan sebelum menderma darah.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari https://www.pdn.gov.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan