Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yayasan Sarawak akan memberi pinjaman dan tajaan pendidikan adalah untuk semua anak Sarawak dan tidak terhad kepada bumiputera semata-mata.

Biasiswa Yayasan Sarawak bukan untuk Bumiputera sahaja, semua layak – Abang Johari

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 8 Jun : Pinjaman dan tajaan pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak layak dipohon oleh semua rakyat negeri ini, tegas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari berkata, inisiatif berkenaan tidak terhad kepada Bumiputera semata – mata.

Katanya, dakwaan kononnya biasiswa disediakan oleh yayasan berkenaan khusus untuk Bumiputera sahaja tidak benar.

“Ini kerana objektif penubuhannya adalah untuk membantu semua anak-anak Sarawak tidak kira bangsa dan taraf pendidikan.

“Ada persepsi orang mengatakan Yayasan Sarawak hanya untuk orang Melayu sahaja.Itu tidak benar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun ke -50 Yayasan Sarawak di sini semalam.

Ujar beliau, Yayasan Sarawak juga memberi peluang kepada penuntut yang layak mengikut program di beberapa institut pendidikan tinggi swasta tidak kira melalui bentuk biasiswa mahupun pinjaman pendidikan.

“Sekarang kita banyak menghantar pelajar ke beberapa tempat seperti Universiti Teknologi Sarawak (UTS) iaitu seramai 2825 orang.

“Saya difahamkan seramai 3,165 pula penerima bantuan Yayasan Sarawak sedang belajar di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) dan beberapa universiti lagi,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan