Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembangunan infrastruktur dan teknologi tidak akan dapat dicapai tanpa penyelidikan dan pembangunan diusahakan dalam melakukan sesebuah perancangan pembangunan negeri.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin hadir pada IDECS 2022 di Curtin University di sini hari ini. Foto: Nicklaren Rommie

Analisis maklumat kunci pembangunan negeri

MIRI, 8 Jun : Analisis maklumat merupakan aspek penting dalam merancang pembangunan negeri secara menyeluruh.

Ini kerana pembangunan infrastruktur dan teknologi tidak akan dapat dicapai sekiranya mengabaikan aspek berkenaan kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

Pada masa sama ujarnya, Sarawak juga perlu memastikan hasrat memacu negeri ini harus selaras dengan pembangunan mampan dan perubahan iklim yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Sarawak Pasca COVID-19 2030.

“Oleh itu, analisis maklumat merupakan asas penting yang menyokong usaha kerajaan pada era digitalisasi serta pembangunan infrastruktur dan teknologi.

“Kita perlu mengintegrasikan pelbagai set data termasuk data demografi dan statistik untuk berinteraksi dengan data spatial sejarah, dikemas kini dan tepat pada masanya atau data cerapan bumi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022 di Curtin University di sini hari ini.

Berhubung prestasi Sarawak dalam aspek berkenaan ketika ini, Kim Shin berkata, ketika ini Sarawak mempunyai beberapa data namun usaha menambah baik terus dipergiatkan.

Sementara itu beliau berkata, data merupakan kunci kepada perancangan dan pembangunan yang kukuh.

“Teknologi akan memainkan peranan penting dengan analitik moden kerana teknologi pemodelan akan memanfaatkan data sekaligus menjana pengetahuan yang konsisten, mengikut piawaian dan berasaskan bukti” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan