Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Johnie Zawawi tewaskan calon PKR pada PRU14. Foto Ahmad Johnie Zawawi.

Abang Johari beri bayangan Ahmad Johnie Zawawi dicalonkan semula di Igan

KUCHING, 8 Jun :  Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan penyandang kerusi parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi, bakal dinamakan semula sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata secara tradisi kerusi parlimen tersebut sememangnya kerusi milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menerajui gabungan GPS.

“Kita belum tentukan lagi siapa calon di kawasan Igan, tetapi saya beri bayangan bahawa dia (Ahmad Johnie) masih muda, baru satu penggal.

“Kita lihat dia juga masih kuat (mungkin) dia sahaja la,” katanya selepas menghadiri Majlis Penangguhan Pesta Matu 2022 di Matu hari ini.

Ahmad Johnie menang dengan majoriti 8,495 undi menewaskan calon dari PKR Andri Zulkarnaen Hamden pada PRU14.

GPS merupakan gabungan yang dianggotai PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), dan di peringkat parlimen, ia memiliki 18 kerusi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan